Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2019

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4), duti setem dikecualikan berkenaan dengan mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019, yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian jual beli dengan ̶

(a)

suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

[Akta 758];

(b)

suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759];

(c)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502];

P.U. (A) 81 3

(e)

Borneo Housing Mortgage Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(f)

Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;

(g)

mana-mana majikan yang menyediakan skim pinjaman perumahan pekerja;

(h)

suatu penanggung insurans berlesen yang dibenarkan menyediakan suatu pinjaman perumahan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013; atau

(i)

suatu pengendali takaful berlesen yang dibenarkan menyediakan suatu pinjaman perumahan Islam di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013.

(2)

Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya ̶

(a)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat daripada 30 Jun 2019 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

(b)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan; dan

(c)

harga belian dalam perjanjian jual beli ialah suatu harga selepas suatu diskaun sebanyak sepuluh peratus oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal.

P.U. (A) 81 4

(3)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA),

Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju

Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

(4)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan yang berhubungan dengannya pemaju perumahan itu mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118],

Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 [No. 24 of 1978],

Sabah atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013,

Sarawak [Cap. 69];

“individu” ertinya seorang pembeli yang merupakan seorang warganegara

Malaysia atau pembeli bersama yang merupakan warganegara Malaysia; dan

“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA),

Persatuan

Pemaju

Perumahan dan

Hartanah

Sabah

(SHAREDA)

atau

Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

Dibuat 15 Mac 2019

[Perb. CR. (8.09)248/39/7-217 Jld. 13; PN(PU2)159/XXXIII]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

P.U. (A) 81 5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2019