Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2020 (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 2) 2020 [P.U. (A) 165/2020]
dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dalam subperenggan (1)—
(i)
dengan memotong perkataan “perniagaan”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan
“31
Disember 2020”
dengan perkataan “30 Jun 2021”;
(b)
dengan menggantikan subperenggan
(2)
dengan subperenggan yang berikut:
“(2) Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut:
(a)
surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan sedia ada itu telah disetemkan dengan sewajarnya di bawah butiran 22 atau 27 Jadual Pertama kepada Akta; dan
P.U. (A) 27 3
(b)
surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan berhubungan dengan penstrukturan semula atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan itu tidak mengandungi elemen penambahan nilai kepada amaun asal pinjaman atau pembiayaan di bawah surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang sedia ada.”;
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan
(2)
subperenggan yang berikut:
“(2A)
Apa-apa faedah atau keuntungan terakru daripada pembayaran yang distruktur semula atau dijadual semula bukan merupakan penambahan nilai kepada amaun asal pinjaman atau pembiayaan di bawah surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang sedia ada.”; dan
(d)
dalam subperenggan (3) dengan menggantikan perkataan “surat tawaran daripada institusi kewangan kepada peminjam atau pelanggan untuk”
dengan perkataan “dokumen yang berkaitan dengan”.
Dibuat 20 Januari 2021
[MOF.TAX(S)700-1/3/11 JLD.3; LHDN.AY.600-12/1/7(29)-80; PN(PU2)159/XXXIV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 27 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) 2020 (AMENDMENT) ORDER 2021