Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Suatu surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan berhubungan dengan penstrukturan semula atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan perniagaan antara peminjam atau pelanggan dengan institusi kewangan yang disempurnakan pada atau selepas 1 Mac 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020 adalah, atas permohonan, dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan sedia ada itu telah disetemkan dengan sewajarnya di bawah butiran 22 atau 27 Jadual Pertama kepada Akta.
(3)
Permohonan untuk pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada institusi kewangan kepada peminjam atau pelanggan untuk penstrukturan semula atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan itu.
(4)
Dalam perenggan ini—
“institusi kewangan”
mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada "banker" dalam seksyen 2 Akta; dan
P.U. (A) 165 3
“penstrukturan semula atau penjadualan semula”
ertinya apa-apa pengubahsuaian yang dibuat kepada terma dan syarat pembayaran balik perjanjian pinjaman atau pembiayaan sedia ada menurut suatu konsesi yang diberikan oleh institusi kewangan disebabkan ketidakupayaan peminjam atau pelanggan untuk mematuhi jadual pembayaran balik sedia ada akibat daripada kemerosotan keadaan kewangan.
Dibuat 20 Mei 2020
[MOF.TAX(S)700-1/3/11JLD.2(50); PN(PU2)159/XXXIII]
TENGKU DATO' SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 165 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2020