Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan daripada duti setem mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00) yang disempurnakan antara seorang individu yang dinamakan dalam perjanjian jual beli dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank
Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu penanggung insurans berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
(e)
suatu pengendali takaful berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
P.U. (A) 54 3
(f)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah
Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
(g)
mana-mana majikan yang menyediakan suatu skim pinjaman perumahan pekerja;
(h)
Borneo
Housing
Mortgage
Finance
Berhad
(Nombor Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; atau
(i)
Mutiara
Mortgage and
Credit
Sdn.
Bhd.
(Nombor Pendaftaran Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
(2)
Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2025; dan
(b)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.
(3)
Permohonan bagi pengecualian duti setem hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783]
oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.
P.U. (A) 54 4
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman; dan
(b)
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 4 Januari 2021
[Perb.MOF.TAX(S)700-3/2/174; LHDN.AY.600-12/1/7(29)-78; PN(PU2)159/XXXIV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 54 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2021