Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan antara suatu institusi kewangan dengan perusahaan kecil dan sederhana daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut itu yang disempurnakan menurut suatu surat tawaran yang dikeluarkan oleh institusi kewangan itu pada atau selepas 1 Januari 2022 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023.
(3)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan suatu surat tawaran daripada institusi kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menyatakan kelulusan kemudahan pinjaman atau pembiayaan itu.
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“institusi kewangan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada “banker” dalam seksyen 2 Akta, dan mana-mana orang yang ditetapkan sebagai suatu institusi kewangan oleh Menteri di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank
3
Negara Malaysia 2009 [Akta 701] bagi maksud seksyen 49
Akta Bank Negara Malaysia 2009;
(b)
“kemudahan pinjaman atau pembiayaan”
ertinya suatu
Kemudahan Bantuan Bencana 2022 atau suatu Kemudahan
Bantuan Bencana yang diluluskan di bawah Dana Bank Negara
Malaysia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana;
(c)
“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539].
Dibuat 12 November 2024
[MOF.TAX.700-3/2/138; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-323; PN(PU2)159/JLD.37]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2024