Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2011

Seksyen 2

(1)

Mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan antara seorang pembeli yang dinamakan dalam suatu Perjanjian Jual Beli dengan―

(a)

sesuatu bank, institusi kewangan, syarikat insurans atau koperasi;

(b)

seorang majikan di bawah suatu skim pinjaman perumahan pekerja; atau

(c)

Perbadanan PR1MA Malaysia, berhubung dengan pembelian harta kediaman daripada Perbadanan PR1MA Malaysia dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), pengecualian ini diberikan dengan syarat bahawa―

(i)

Perjanjian Jual Beli itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2012 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2016; dan

(ii)

permohonan bagi pengecualian duti setem di bawah perenggan ini boleh dibuat hanya sekali.

P.U. (A) 441 3

Tafsiran

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2011