Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya apa-apa aktiviti yang berikut, dijalankan oleh orang yang layak dalam Kompleks RAPID:
(a)
pengadunan, pemprosesan atau pemecahan minyak mentah, kondensat, suapan atau suapan pertengahan;
(b)
pengeluaran, pembuatan atau pembangunan keluaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, terakhir atau pengeluaran berkaitannya;
(c)
penyimpanan, perumusan, pengadunan, pengagihan atau pemasaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, terakhir atau pengeluaran berkaitannya;
(d)
pengegasan semula LNG kepada gas dan pengagihannya relevan; atau
P.U. (A) 42 3
(e)
penjanaan, pengagihan atau jualan semua bentuk utiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada elektrik, air, wap, gas, hidrogen, udara atau pengolahan bahan buangan;
“Kompleks RAPID” ertinya suatu kompleks yang mengandungi loji pemecahan cecair, loji penapisan, loji petrokimia atau pengeluaran kimia dan semua kemudahan sokongan dan tambahan temasuk tetapi tidak terhad kepada cecair gas asli (LNG),
Terminal Penerimaan dan Pengegasan Semula (RGT), loji berkuasa COGEN, kemudahan penyimpanan atau kemudahan pengolahan bahan buangan, dan terletak di Pengerang,
Johor;
“orang yang layak” ertinya—
(a)
Petroliam Nasional Berhad;
(b)
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125] yang Petroliam Nasional Berhad memegang sekurang-kurangnya 51 peratus modal berbayar dalam saham biasa; atau
(c)
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 yang menjalankan aktiviti yang layak dalam Kompleks
RAPID yang Petroliam Nasional Berhad memegang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, saham biasa dalam syarikat itu.
(2)
Bagi maksud Perintah ini, “RAPID” adalah singkatan bagi Pembangunan
Integrasi Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia.
Pengecualian 2.
(1)
Semua surat cara yang dikenakan cukai dengan duti ad valorem yang dilaksanakan oleh seorang yang layak berhubung dengan aktiviti yang layak dijalankan di Kompleks RAPID pada atau selepas 10 Oktober 2011 tetapi tidak lewat dari
P.U. (A) 42 4
31 Disember 2021 yang duti setem yang kena dibayar akan biasanya dibayar oleh orang yang layak itu adalah dikecualikan daripada duti setem yang jika tidak adalah dikenakan di bawah Akta Setem 1949.
(2)
Bagi maksud pengecualian yang layak di bawah subperenggan (1), orang yang layak hendaklah mengemukakan satu surat kelulusan daripada Menteri meluluskan orang yang layak untuk menjalankan aktiviti yang layak dalam
Kompleks RAPID.
Dibuat 29 Januari 2013
[Perb. 0.3865/449; LHDN.01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)159/XXXVII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 42 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2013