Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud perenggan ini, “penyedia kredit” ertinya—
(a)
bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta
Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
penanggung insurans hayat berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013;
(e)
pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
P.U. (A) 259 3
(f)
pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
(g)
koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502]; dan
(h)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang ditubuhkan di bawah
Akta
Perbadanan
Tabung
Pendidikan
Tinggi
Nasional 1997 [Akta 566].
(2)
Tertakluk kepada subperenggan (4), semua surat cara yang berhubungan dengan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan antara peserta program pengurusan kredit yang telah diluluskan oleh
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 48 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], dengan penyedia kredit adalah dikecualikan daripada duti setem.
(3)
Pengecualian dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara tersebut yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020.
(4)
Permohonan untuk pengecualian di bawah perenggan ini hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit kepada peserta tersebut untuk penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman atau pembiayaan di bawah program pengurusan kredit yang telah diluluskan oleh
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
Dibuat 8 Oktober 2018
[Perb. CR(8.09)248/39/7-217 Jld.13 (SK.4); LHDN.AY.A.600-12/1/1(15);
PN(PU2)159/XXXII]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
P.U. (A) 259 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2018