Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2019

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4), semua surat cara pindah milik bagi pembelian harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019, yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, yang disempurnakan oleh seseorang individu hendaklah dikecualikan daripada duti setem berkenaan dengan satu juta ringgit dan ke bawah nilai harta kediaman itu.

(2)

Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya ̶

(a)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat daripada 30 Jun 2019 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

(b)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan; dan

P.U. (A) 82 3

(c)

harga belian dalam perjanjian jual beli itu ialah suatu harga selepas suatu diskaun sebanyak sepuluh peratus oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1) ̶

(a)

nilai harta kediaman itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran; dan

(b)

duti setem sebanyak tiga ringgit dikenakan bagi setiap seratus ringgit ke atas amaun baki nilai harta kediaman yang melebihi satu juta ringgit.

(4)

Permohonan bagi pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1)

hendaklah disertakan dengan suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan 2019 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia

(REHDA), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan

Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

(5)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan yang berhubungan dengannya pemaju perumahan itu mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan di bawah

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Enakmen

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978, Sabah [No. 24 of 1978] atau

Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak [Cap. 69];

“individu” ertinya seorang pembeli yang merupakan seorang warganegara

Malaysia atau pembeli bersama yang merupakan warganegara Malaysia; dan

P.U. (A) 82 4

“pemaju perumahan” ertinya pemaju perumahan yang berdaftar dengan

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan

Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju

Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).

Dibuat 15 Mac 2019

[Perb. CR. (8.09)248/39/7-217 Jld. 13; PN(PU2)159/XXXIII]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

P.U. (A) 82 5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2019