Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperengggan (2), (3) dan (4), duti setem dikecualikan berkenaan dengan mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021, yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian jual beli dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(e)
mana-mana majikan yang menyediakan suatu skim pinjaman perumahan pekerja;
P.U. (A) 216 3
(f)
Borneo
Housing
Mortgage
Finance
Berhad
(Nombor
Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(g)
Mutiara
Mortgage and
Credit
Sdn
Bhd
(Nombor
Pendaftaran Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016;
(h)
suatu penanggung insurans berlesen yang dibenarkan untuk menyediakan suatu pinjaman perumahan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau
(i)
suatu pengendali takaful berlesen yang dibenarkan untuk menyediakan suatu pinjaman perumahan
Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
(2)
Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;
(b)
harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan
(c)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
P.U. (A) 216 4
(3)
Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju
Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan
Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya pemaju perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Enakmen Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978, Sabah [No. 24 of 1978]
atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013,
Sarawak [Cap. 69];
(b)
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia; dan
(c)
“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan
Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah
Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta
Tanah Sarawak (SHEDA).
P.U. (A) 216 5
Dibuat 27 Julai 2020
[Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 216 6
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2020