Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan duti setem berkenaan dengan semua surat cara pindah milik mana-mana harta tak alih yang merupakan pelupusan sukarela inter vivos daripada pemberi yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual kepada penerima yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual.
(2)
Pengecualian duti setem yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terhad kepada duti setem yang sepatutnya dikenakan bagi satu juta ringgit pertama atau kurang daripada nilai harta tak alih itu dan lima puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas suatu amaun yang melebihi satu juta ringgit hendaklah dikenakan ke atas amaun baki nilai harta tak alih yang melebihi satu juta ringgit.
(3)
Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
surat cara pindah milik harta tak alih itu disempurnakan pada atau selepas 1 April 2023; dan
(b)
penerima ialah seorang warganegara Malaysia.
3
(4)
Bagi maksud subperenggan (2), nilai harta tak alih itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran.