Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2012

Seksyen 2

Surat cara yang berikut bagi pembelian rumah pangsa di bawah Program

Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2012 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2013 adalah dikecualikan daripada duti setem:

(a)

Perjanjian Jual Beli rumah pangsa antara Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur dengan pembeli;

(b)

surat cara yang menguatkuasakan pindah hakmilik rumah pangsa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada pembeli yang dinamakan dalam Perjanjian Jual Beli dalam perenggan (a); dan

(c)

surat cara dalam bentuk cagaran yang disempurnakan antara pembeli yang dinamakan dalam Perjanjian Jual Beli dalam perenggan (a) dengan suatu bank atau institusi kewangan untuk membiayai pembelian rumah pangsa itu.

P.U. (A) 317 3

Dibuat 12 September 2012

[Perb. CR (8.09)248/39/7-217 JLD.10 (SK.2); LHDN.01/32.3/42/; PN(PU2)159/XXXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 317 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2012

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2012