Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2013

Seksyen 2

(1)

Surat cara berhubung dengan jualan dan belian debentur runcit dan sukuk runcit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Debentur runcit yang disebut dalam subperenggan (1)—

(a)

mempunyai erti yang sama diberikan kepada takrif “debentur”

dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan

(b)

adalah apa-apa debentur yang dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada pelabur runcit.

(3)

Sukuk runcit yang disebut dalam subperenggan (1)—

(a)

mempunyai erti yang sama yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007; dan

P.U. (A) 52 3

(b)

adalah apa-apa sukuk yang dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah sukuk yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sukuk itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada pelabur runcit.

(4)

Pelabur runcit yang disebut dalam subperenggan (2) dan (3) adalah mana-mana orang selain—

(a)

Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank

Negara 2009 [Akta 701];

(b)

orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian A