Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2019

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4), surat cara pindah milik yang disempurnakan antara pemindah dengan penerima pindahan di peringkat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual di bawah Skim Sewa untuk Memiliki bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00) hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya boleh diberikan sekiranya—

(a)

perjanjian jual beli antara pemaju perumahan dengan institusi kewangan bagi pembelian harta kediaman tersebut disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

(b)

perjanjian sewa untuk memiliki antara individu dengan institusi kewangan bagi penyewaan harta kediaman tersebut disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022;

P.U. (A) 394 3

(c)

perjanjian jual beli antara institusi kewangan dengan individu bagi pembelian harta kediaman tersebut disetemkan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

(d)

nilai harta kediaman hendaklah berdasarkan harga belian dalam perjanjian jual beli antara pemaju perumahan dan institusi kewangan; dan

(e)

individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.

(3)

Bagi maksud subsubperenggan (2)(b)—

(a)

tempoh penyewaan di bawah perjanjian sewa milik antara individu dengan institusi kewangan hendaklah tidak melebihi lima tahun;

dan

(b)

penyewa itu boleh memilih untuk membeli harta kediaman itu selepas tempoh penyewaan setahun.

(4)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960

[Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersama.

P.U. (A) 394 4

(5)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan yang baginya pemaju perumahan itu telah mendapat suatu lesen pemaju perumahan dan suatu permit iklan dan jualan di bawah Akta Pemajuan

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118];

“individu” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama, yang merupakan warganegara Malaysia;

“institusi kewangan” ertinya suatu institusi kewangan yang dikawal selia oleh

Bank Negara Malaysia yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan Skim Sewa untuk Memiliki;

“pemaju perumahan” ertinya seorang pemaju perumahan yang telah mendapat suatu lesen pemaju perumahan dan suatu permit iklan dan jualan di bawah Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966; dan

“Skim Sewa untuk Memiliki” ertinya suatu skim pembiayaan alternatif di bawah

Kerajaan Malaysia yang dikawal selia oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu pemilikan rumah di mana suatu harta kediaman dibeli dan disewakan dahulu oleh suatu institusi kewangan dan seterusnya penyewa itu diberi pilihan untuk membeli harta kediaman tersebut berdasarkan prinsip patuh Shariah.