Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan

(2)

,

(3)

,

(4)

dan

(5)

, semua surat cara pindah milik bagi pembelian suatu harta kediaman di bawah

Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit yang disempurnakan oleh seseorang individu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian duti setem yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah hanya untuk duti setem yang sepatutnya dikenakan bagi satu juta ringgit pertama atau kurang daripada nilai harta kediaman itu dan duti setem sebanyak tiga ringgit hendaklah dikenakan bagi setiap seratus ringgit ke atas amaun baki nilai harta kediaman yang melebihi satu juta ringgit.

(3)

Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—

(a)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;

(b)

harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal

P.U. (A) 217 3

yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan

(c)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

(4)

Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran.

(5)

Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju

Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan

Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).

(6)

Dalam perenggan ini—

(a)

“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya pemaju perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju

Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan

Perumahan

(Kawalan dan

Pelesenan)

1966

[Akta 118],

Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978,

Sabah [No. 24 of 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013, Sarawak [Cap. 69];

P.U. (A) 217 4

(b)

“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia; dan

(c)

“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan

Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah

Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta

Tanah Sarawak (SHEDA).

Dibuat 27 Julai 2020

[Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 217 5

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2020