Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Surat cara yang disempurnakan oleh pembeli asal, iaitu pembeli yang namanya dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli asal berhubung dengan projek terbengkalai, atau warisnya dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Surat cara yang disebut dalam subperenggan (1) adalah—
(a)
apa-apa surat cara pinjaman atau perjanjian pinjaman yang diluluskan oleh bank dan institusi kewangan bagi maksud pembiayaan harta kediaman yang dipulihkan berhubung dengan projek terbengkalai; dan
(b)
apa-apa surat cara pindah milik bagi maksud pindah milik harta kediaman yang dipulihkan berhubung dengan projek terbengkalai.
(3)
Bank dan institusi kewangan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(2)(a) adalah—
(a)
mana-mana bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
P.U. (A) 91 3
(b)
mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983
[Akta 276];
(c)
mana-mana institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
mana-mana perniagaan insurans yang dilesenkan di bawah
Akta Insurans 1996 [Akta 553]; atau
(e)
mana-mana pengendali takaful yang dilesenkan di bawah
Akta Takaful 1984 [Akta 312].
(4)
Harta kediaman yang dipulihkan yang disebut dalam subperenggan (2)
ertinya suatu rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa bagi projek terbengkalai yang dipulihkan dan dibina sebagai suatu rumah kediaman oleh kontraktor atau pemaju penyelamat yang dilantik atau diluluskan oleh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja pemulihan bagi projek terbengkalai.
(5)
Projek terbengkalai yang disebut dalam perenggan 2 ertinya suatu projek yang diperakui oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai projek terbengkalai menurut perenggan 11(1)(ca)
Akta
Pemajuan
Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
Pemakaian