Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Mana-mana polisi insurans dan sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang yang dikeluarkan oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen dengan nilai premium atau sumbangan takaful tahunan yang tidak melebihi satu ratus ringgit (RM100.00) adalah dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi mana-mana polisi insurans dan sijil takaful yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2020.
(3)
Bagi maksud perenggan ini—
(a)
“penanggung insurans berlesen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
“pengendali takaful berlesen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan
P.U. (A) 359 3
(c)
sebutan tentang produk Perlindungan Tenang adalah sebutan tentang produk insurans dan takaful yang telah diluluskan oleh
Bank Negara Malaysia untuk ditawarkan oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen di bawah inisiatif
“Perlindungan Tenang”.
Dibuat 20 Disember 2018
[Perb. CR(8.09)248/39/7-217(SJ.7); PN(PU2)159/XXXII]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
P.U. (A) 359 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2018