Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Apa-apa surat cara perjanjian yang berhubungan dengan penggunaan ses penyelidikan yang diperuntukkan dalam peraturan 7 Peraturan-Peraturan
Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (Pembayaran Royalti dan Hasil Lain daripada Pengeluaran Petroleum kepada Kerajaan-Kerajaan) 2004 [P.U. (A) 422/2004]
bagi tujuan pembiayaan apa-apa penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang berhubungan dengan cari gali atau eksploitasi petroleum atau sumber alam bagi Kawasan Pembangunan Bersama yang disempurnakan antara
Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand dan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Thailand adalah dikecualikan daripada duti setem.
Dibuat 24 Ogos 2020
[MOF. TAX(S)700-1/3/11 JLD.2; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 239 3
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2020