Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2018

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4), semua surat cara pindah milik yang disempurnakan berhubung dengan pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) oleh seorang individu adalah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hanya boleh diberikan sekiranya—

(a)

perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020; dan

(b)

individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman hendaklah berdasarkan nilai pasaran.

P.U. (A) 377 3

(4)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960

[Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.

(5)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman; dan

“individu” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama yang merupakan warganegara Malaysia.

Dibuat 31 Disember 2018

[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019)SK.2; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan

P.U. (A) 377 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2018