Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), suatu surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan bagi maksud Tabung Kemudahan Bantuan Khas (TKBK) di bawah

Tabung Bank Negara Malaysia bagi perusahaan kecil dan sederhana yang disempurnakan antara Bank Negara Malaysia dan suatu institusi kewangan peserta adalah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(3)

Dalam perenggan ini—

(a)

“institusi kewangan peserta” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada “banker” dalam seksyen 2 Akta dan termasuk mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi kewangan oleh

Menteri di bawah subsekyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701] bagi maksud seksyen 49; dan 3

(b)

“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perbadanan

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 [Akta 539] .

Dibuat 10 November 2020

[Perb.MOF.TAX.700-3/2/138; PN(PU2)159/XXXIII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2020