Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2013

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), semua surat cara yang disempurnakan oleh pengurus pemegang amanah bagi pihak suatu amanah perniagaan berhubungan dengan pindah milik mana-mana perniagaan, aset atau harta tanah kepada suatu amanah perniagaan, yang mana duti setem secara kebiasaannya patut dibayar oleh pengurus pemegang amanah bertindak bagi pihak amanah perniagaan itu adalah dikecualikan daripada duti setem yang boleh dikenakan di bawah Akta.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pengurus pemegang amanah bagi pihak suatu amanah perniagaan yang—

(a)

telah didaftarkan atau diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut

Penggal 3B Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan

P.U. (A) 127 3

(b)

telah diluluskan atau diberi kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut Penggal 1A atau Penggal 3A Bahagian VI Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007, pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017.

(3)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai berhubung dengan pindah milik mana-mana perniagaan, aset atau harta tanah kepada suatu amanah perniagaan bagi tujuan penawaran permulaan amanah perniagaan itu.

Dibuat 22 Mac 2013

[Perb. CR(8.20)116/1-138(2013)JLD.2(SK.11); LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt. 19;

PN(PU2)159/XXXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 127 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2013