Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), (3) dan (4), semua surat cara pindah milik yang disempurnakan berhubung dengan pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1,000,000.00) oleh seorang individu adalah dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hanya boleh diberikan sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman disempurnakan pada atau selepas 1
Januari 2019
tetapi tidak lewat daripada 30 Jun 2019;
(b)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman adalah antara individu itu dengan pemaju perumahan; dan
(c)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau
P.U. (A) 378 3
pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(3)
Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman hendaklah berdasarkan nilai pasaran.
(4)
Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960
[Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(5)
Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman; dan
“individu” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 31 Disember 2018
[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019)SK.2; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
P.U. (A) 378 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2018