Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN)(NO. 8) 2013

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), semua surat cara yang berhubungan dengan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman yang disempurnakan antara peserta program pengurusan hutang yang telah diluluskan oleh Agensi Kaunseling dan

Pengurusan Kredit, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 48 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] dengan penyedia kredit yang disebut dalam subperenggan (2) adalah dikecualikan daripada duti setem.

(2)

“Penyedia kredit” yang disebut dalam subperenggan (1) adalah seperti yang berikut:

(a)

bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi

Kewangan 1989 [Akta 372];

(b)

bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983

[Akta 276];

(c)

institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta

Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

P.U. (A) 132 3

(d)

penginsurans hayat yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996

[Akta 553];

(e)

pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984

[Akta 312];

(f)

pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627];

(g)

koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502]; atau

(h)

Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

(3)

Pengecualian dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut itu yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017.

Dibuat 22 Mac 2013

[Perb.CR(8.20)116/1-138(2013)JLD.2(SK.8);LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19;

PN(PU2)159/XXXVII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 132 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION)(NO. 8) ORDER 2013