Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Apa-apa surat cara yang dikenakan duti ad valorem bagi pindah milik hartanah, yang digunakan bagi maksud menjalankan suatu projek pelancongan yang layak dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut dalam subperenggan itu yang disempurnakan pada atau selepas 20 November 2012 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
(3)
Bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan (1), orang yang bertanggunggan untuk membayar duti setem mengikut seksyen 33 Akta hendaklah mengemukakan suatu surat daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan
Pelaburan Sabah yang mengesahkan bahawa surat cara yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi maksud menjalankan projek pelancongan yang layak.
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
“Koridor
Pembangunan
Sabah”
mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan
Pelaburan Sabah 2009 [No. 1 / 2009];
P.U. (A) 397 3
“Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pihak Berkuasa Pembangunan
Ekonomi dan Pelaburan Sabah 2009.
“projek pelancongan yang layak” ertinya suatu projek berhubung dengan hotel atau tempat peranginan yang dijalankan dalam Koridor Pembangunan Sabah dan diluluskan oleh Menteri.
Dibuat 31 Disember 2018
[Perb. 0.3865/73(SJ.133-3)Jld.3; LHDN.01/35/(S)/42/51/231-38; PN(PU2)159/XXXII]
DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL
Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan
P.U. (A) 397 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 8) ORDER 2018