Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2021

Seksyen 2

(1)

Suatu surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan kemudahan pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan antara suatu perusahaan kecil dan sederhana dengan suatu institusi kewangan adalah, atas permohonan, dikecualikan daripada duti setem.

(2)

Pengecualian di bawah subperenggan

(1)

hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut itu yang disempurnakan menurut surat tawaran yang dikeluarkan oleh institusi kewangan pada atau selepas 2 Februari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021.

(3)

Permohonan untuk pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah disertakan dengan surat tawaran daripada institusi kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menyatakan kelulusan kemudahan pinjaman atau pembiayaan itu.

(4)

Dalam perenggan ini—

(a)

“institusi kewangan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada “banker” dalam seksyen 2 Akta, dan mana-mana orang yang ditetapkan sebagai

3

institusi kewangan oleh Menteri di bawah subseksyen 2(1)

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] bagi maksud seksyen 49 Akta itu;

(b)

“kemudahan pinjaman atau pembiayaan”

ertinya suatu

Kemudahan Bantuan Bencana 2021 yang diluluskan di bawah

Tabung Bank Negara Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana; dan

(c)

“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya perusahaan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan

Sederhana

Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 2A Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana 1995 [Akta 539].

Dibuat 4 Ogos 2021

[MOF.TAX(S) 700 -1/3/11 JLD.2; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-133; PN(PU2)159/XXXIV]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 8) ORDER 2021