Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Surat cara yang berikut yang berhubungan dengan perbankan Islam, aktiviti takaful dan pasaran modal Islam di bawah suatu skim bagi mempromosikan
Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia adalah dikecualikan daripada duti setem:
(a)
surat cara bagi transaksi dalam mata wang selain ringgit yang berhubungan dengan aktiviti perbankan Islam atau takaful yang disempurnakan antara orang yang layak dengan—
(i)
pelanggan pemastautin; atau
(ii)
pelanggan bukan pemastautin;
(b)
surat cara yang berhubungan dengan penerbitan—
(i)
bon Islam dalam ringgit; atau
(ii)
bon Islam dalam mata wang asing.
(2)
Pengecualian dalam subperenggan (1)(a) hendaklah terpakai bagi surat cara yang disebut itu yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2007 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2016.
(3)
Pengecualian dalam subperenggan (1)(b) hendaklah terpakai bagi surat cara yang berhubungan dengan penerbitan bon yang diluluskan oleh Suruhanjaya
Sekuriti pada atau selepas 1 Januari 2007 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2016.
Dibuat 5 Jun 2013
[Perb. CR(8.09)248/39/7-88(SJ. 1) JLD. 5(SK. 1); LHDN.01/32.3/353/65/7-2;
PN(PU2)159/XXXVII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 180 4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 9) ORDER 2013