Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), suatu surat cara perjanjian agensi untuk Kemudahan Bantuan Khas, Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar dan
Kemudahan Bantuan Bencana 2021 yang diluluskan di bawah Tabung Bank
Negara Malaysia bagi perusahaan kecil dan sederhana yang disempurnakan antara
Bank Negara Malaysia dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad adalah dikecualikan daripada duti setem.
(2)
Pengecualian di bawah subperenggan
(1)
hendaklah terpakai bagi surat cara perjanjian agensi untuk Kemudahan Bantuan Khas, Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar dan Kemudahan Bantuan Bencana 2021 yang disempurnakan tidak lewat daripada 31 Disember 2021.
Dibuat 4 Ogos 2021
[MOF.TAX(S) 700 -1/3/11 JLD.2; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-134; PN(PU2)159/XXXIV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 334 3
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 9) ORDER 2021