Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Suatu jumlah sebanyak satu ribu lima ratus ringgit (RM1,500.00)
hendaklah diremitkan daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai melebihi tiga ratus ribu ringgit (RM300,000.00) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00) yang disempurnakan antara seorang individu yang dinamakan dalam perjanjian jual beli dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu penanggung insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013;
P.U. (A) 320 3
(e)
suatu pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
(f)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(g)
mana-mana majikan yang menyediakan skim pinjaman perumahan pekerja;
(h)
Borneo Housing Mortgage Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; atau
(i)
Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
(2)
Peremitan duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Julai 2019 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020; dan
(b)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(3)
Permohonan bagi peremitan duti setem hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
P.U. (A) 320 4
(4)
Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman; dan
“individu” ertinya seorang pembeli, atau pembeli bersama, yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 17 Disember 2018
[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019)SK.2; PN(PU2)159/XXXII]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
P.U. (A) 320 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (REMISSION) ORDER 2018