Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri meremitkan tujuh puluh lima peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian suatu harta kediaman menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia
(i-Miliki) di bawah Program Pemilikan Kediaman 2022/2023, yang bernilai lebih daripada lima ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu juta ringgit, yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian jual beli dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
3
(e)
mana-mana majikan yang menyediakan suatu skim pinjaman perumahan pekerja;
(f)
Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor Pendaftaran
Syarikat:
25457-V)
yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(g)
Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd (Nombor Pendaftaran
Syarikat:
257663-T)
yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016;
(h)
suatu penanggung insurans berlesen yang dibenarkan untuk menyediakan suatu pinjaman perumahan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau
(i)
suatu pengendali takaful berlesen yang dibenarkan untuk menyediakan suatu pinjaman perumahan Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
(2)
Peremitan duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;
(b)
harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu sebagaimana yang diluluskan dalam Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan
Perumahan
(Kawalan dan
Pelesenan)
1966
[Akta 118],
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978
[Sabah No. 24 tahun 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan
4
(Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak [Bab 69] kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal;
(c)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2022 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2023 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2024; dan
(d)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(3)
Permohonan bagi peremitan duti setem di bawah subperenggan (1)
hendaklah disertakan dengan akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960
[Akta 783] oleh—
(a)
pemaju perumahan itu yang mengesahkan pemberian suatu diskaun sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu sebagaimana yang diluluskan dalam Permit Iklan dan Jualan di bawah
Akta
Pemajuan
Perumahan
(Kawalan dan
Pelesenan) 1966, Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) 1978 [Sabah No. 24 tahun 1978] atau Ordinan Pemajuan
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak [Bab 69]
kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan
(b)
individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
5
(4)
Dalam perenggan ini—
(a)
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuklah suatu pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang baginya pemaju perumahan itu mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966, Enakmen Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1978 [Sabah No. 24 tahun 1978] atau
Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013
Sarawak [Bab 69]; dan
(b)
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 8 Jun 2023
[MOF.TAX(S)700-1/3/103(49); LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-311; PN(PU2)159/JLD.36]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
6
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (REMISSION) ORDER 2023