Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Hendaklah diremitkan sebanyak lima puluh peratus daripada duti setem yang dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang bernilai tidak melebihi lima ratus ribu ringgit
(RM500,000.00) oleh seorang individu warganegara Malaysia dengan syarat bahawa—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2015 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2016; dan
(b)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman hendaklah berdasarkan nilai pasaran.
3
(3)
Permohonan bagi peremitan duti setem hendaklah disertakan dengan surat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] oleh individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(4)
Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman; dan
“individu” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama.
Dibuat 31 Disember 2014
[Perb.CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2015);LHDN.01/35(S)/42/51/Klt.23;
PN(PU2)159/XXXVIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (REMISSION) (NO. 2) ORDER 2014