Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Lima puluh peratus (50%) daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik ke atas harta tak alih yang merupakan pelupusan sukarela inter vivos daripada pemberi yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual kepada penerima yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual diremit.
(2)
Peremitan duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
surat cara pindah milik ke atas harta tak alih disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020; dan
(b)
penerima adalah seorang warganegara Malaysia.
Pembatalan