Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri meremitkan tujuh puluh lima peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian suatu harta kediaman melalui Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) di bawah
Program Pemilikan Kediaman 2022/2023, yang bernilai lebih daripada lima ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu juta ringgit, yang disempurnakan oleh seorang individu.
(2)
Peremitan duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya—
(a)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;
(b)
harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu sebagaimana yang diluluskan dalam Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan
Perumahan
(Kawalan dan
Pelesenan)
1966
[Akta 118],
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978
P.U. (A) 180 3
[Sabah No. 24 tahun 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak [Bab 69] kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal;
(c)
perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1
Jun 2022
tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2023 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2024; dan
(d)
individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(3)
Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman itu hendaklah berdasarkan nilai pasaran.
(4)
Permohonan bagi peremitan duit setem di bawah subperenggan (1)
hendaklah disertakan dengan akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960
[Akta 783] oleh—
(a)
pemaju perumahan itu yang mengesahkan pemberian suatu diskaun sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu sebagaimana yang diluluskan dalam Permit Iklan dan Jualan di bawah
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966,
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978
[Sabah No. 24 tahun 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak [Bab 69] kecuali bagi suatu harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan
P.U. (A) 180 4
(b)
individu yang disebut dalam subperenggan (1) yang mengesahkan bahawa individu itu tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk suatu harta kediaman yang diperoleh secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individu atau bersesama.
(5)
Dalam perenggan ini—
(a)
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuklah suatu pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang baginya pemaju perumahan itu mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan
Permit Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966, Enakmen Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1978 [Sabah No. 24 tahun 1978] atau
Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013
Sarawak [Bab 69]; dan
(b)
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang merupakan warganegara Malaysia.
Dibuat 8 Jun 2023
[MOF.TAX.(S)700-1/3/103; LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-310; PN(PU2)159/JLD.36]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
P.U. (A) 180 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (REMISSION) (NO. 2) ORDER 2023