Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PEREMITAN) (NO. 3) 2012

Seksyen 2

(1)

Lima puluh peratus diremitkan daripada duti setem yang dikenakan ke atas mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan antara seorang pembeli warganegara Malaysia yang dinamakan dalam Perjanjian Jual Beli dengan—

(a)

suatu bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

[Akta 372];

(b)

suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983

[Akta 276];

(c)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

suatu perniagaan insurans yang didaftarkan di bawah Akta

Insurans 1996 [Akta 553];

(e)

suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502]; atau

P.U. (A) 416 3

(f)

seorang majikan di bawah suatu skim pinjaman perumahan pekerja, untuk membiayai pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang berharga tidak melebihi empat ratus ribu ringgit (RM400,000).

(2)

Peremitan duti setem yang dikenakan ke atas mana-mana perjanjian pinjaman yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai dengan syarat bahawa—

(a)

Perjanjian Jual Beli bagi harta kediaman disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2014;

(b)

pembeli tidak memiliki harta kediaman yang lain pada tarikh

Perjanjian Jual Beli itu disempurnakan; dan

(c)

permohonan bagi peremitan duti setem hendaklah dibuat sekali sahaja.

(3)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibina sebagai suatu rumah kediaman; dan

“pembeli” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama.

Dibuat 14 November 2012

[Perb. CR(8.20)116/1138(2013)(SK.11);LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19;

PN(PU2)159/XXXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 416 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (REMISSION) (NO. 3) ORDER 2012