Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (PEREMITAN) (NO. 4) 2012

Seksyen 2

(1)

Lima puluh peratus diremitkan daripada duti setem yang dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja yang berharga tidak melebihi empat ratus ribu ringgit (RM400,000) oleh seseorang individu warganegara Malaysia dengan syarat bahawa—

(a)

Perjanjian Jual Beli bagi harta kediaman yang disebut dalam subperenggan (1) disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2014;

(b)

individu yang disebut dalam subperenggan (1) tidak memiliki harta kediaman yang lain pada tarikh Perjanjian Jual Beli itu disempurnakan; dan

(c)

permohonan bagi peremitan duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat sekali sahaja.

(2)

Dalam perenggan ini—

“harta kediaman” ertinya rumah, unit kondominium, pangsapuri atau rumah pangsa yang dibina sebagai suatu rumah kediaman; dan

P.U. (A) 417 3

“pembeli” ertinya seorang pembeli atau pembeli bersama.

Dibuat 14 November 2012

[Perb.CR(8.20)116/1-138(2013)(SK.11); LHDN.01/35/(S)/42/51 Klt. 19;

PN(PU2)159/XXXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 417 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (REMISSION) (NO. 4) ORDER 2012