Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri meremitkan lima puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan pembelian suatu unit kediaman atau unit komersial di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City yang disempurnakan antara seorang atau lebih individu dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
P.U. (A) 353 3
(d)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(e)
Borneo Housing Mortgage Finance Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat:
25457-V)
yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; atau
(f)
Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat:
257663-T)
yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016.
(2)
Surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu;
(b)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan mulai 1 September 2024 hingga 31 Disember 2034;
(c)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu adalah berhubung dengan suatu unit kediaman atau unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 September 2024; dan
(d)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit kediaman atau unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit kediaman atau unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 September 2024
dan kemudiannya telah dibatalkan oleh individu yang sama.
(3)
Pihak
Berkuasa
Wilayah
Pembangunan
Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.
P.U. (A) 353 4
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007
[Akta 664];
“Pulau 1
Zon
Kewangan
Khas
Forest
City”
ertinya
Pulau 1,
Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor.
Dibuat 30 September 2025
[MOF.TAX(S)700-2/7/1314/4(5); LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-427; PN(PU2)159/JLD.38]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 353 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (INSTRUMENT OF LOAN OR FINANCING AGREEMENT
IN RELATION TO INDIVIDUAL) (PULAU 1 OF FOREST CITY SPECIAL FINANCIAL ZONE)
(REMISSION) ORDER 2025