Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN BERHUBUNG DENGAN ORANG YANG LAYAK) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PEREMITAN) 2025

Seksyen 2

(1)

Menteri meremitkan lima puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan pembelian suatu unit kediaman atau unit komersial di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City yang disempurnakan antara orang yang layak dengan—

(a)

suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

[Akta 758];

(b)

suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759];

(c)

suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

3

(d)

suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502];

(e)

Borneo Housing Mortgage Finance Bhd. (Nombor Pendaftaran

Syarikat:

25457-V)

yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; atau

(f)

Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran

Syarikat:

257663-T)

yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016.

(2)

Surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan orang yang layak;

(b)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan mulai 1 September 2024 hingga 31 Disember 2034;

(c)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial adalah berhubung dengan suatu unit kediaman atau unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 September 2024; dan

(d)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit kediaman atau unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit kediaman atau unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 September 2024

dan kemudiannya telah dibatalkan oleh orang yang layak yang sama.

(3)

Pihak

Berkuasa

Wilayah

Pembangunan

Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.

4

(4)

Orang yang layak di bawah perenggan ini ialah—

(a)

orang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013

atau seksyen 10

Akta

Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;

(b)

syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

(c)

pengendali pasaran diiktiraf yang didaftarkan di bawah seksyen 34

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007

selain seorang individu;

(d)

orang berdaftar yang didaftarkan di bawah seksyen 76

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007

selain seorang individu;

(e)

orang yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal yang didaftarkan di bawah seksyen 76A Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;

(f)

syarikat dana keluarga tunggal yang ditentusahkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti;

(g)

syarikat teknologi kewangan, syarikat teknologi insurans, syarikat pengawalseliaan teknologi kewangan atau syarikat teknologi kewangan Islam yang dianugerahkan Status MSC Malaysia atau

Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh Malaysia Digital

Economy Corporation Sdn. Bhd.;

5

(h)

pengendali sistem pembayaran yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam suatu bidang kuasa asing yang diluluskan di bawah seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran di Pulau 1 Zon Kewangan

Khas Forest City; atau

(i)

entiti perkhidmatan berpusat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan global kewangan yang dianugerahkan Status MSC

Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh

Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.

(5)

Syarikat dana keluarga tunggal yang disebut dalam subsubperenggan 4(f)

ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

(b)

dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal; dan

(c)

ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.

(6)

Bagi maksud perenggan ini—

“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—

(a)

suami atau isteri;

(b)

anak kandung;

6

(c)

anak tiri; dan

(d)

anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007

[Akta 664];

“Pulau 1

Zon

Kewangan

Khas

Forest

City”

ertinya

Pulau 1,

Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor;

“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498].

Dibuat 30 September 2025

[MOF.TAX(S)700-2/7/1314/4; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-418; PN(PU2)159/JLD.38]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

7

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (INSTRUMENT OF LOAN OR FINANCING AGREEMENT

IN RELATION TO QUALIFYING PERSON) (PULAU 1 OF FOREST CITY

SPECIAL FINANCIAL ZONE) (REMISSION) ORDER 2025

Section 2 — PERINTAH DUTI SETEM (SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN BERHUBUNG DENGAN ORANG YANG LAYAK) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PEREMITAN) 2025