Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH DUTI SETEM (SURAT CARA PINDAH MILIK BERHUBUNG DENGAN INDIVIDU) (PULAU 1 ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY) (PEREMITAN) 2025

Seksyen 2

(1)

Menteri meremitkan lima puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara pindah milik yang berhubungan dengan suatu unit kediaman atau unit komersial di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City yang disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu.

(2)

Surat cara pindah milik yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu;

(b)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan mulai 1 September 2024 hingga 31 Disember 2034;

(c)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial adalah berhubung dengan suatu unit kediaman atau unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 September 2024; dan

P.U. (A) 354 3

(d)

perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit kediaman atau unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit kediaman atau unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 September 2024 dan kemudiannya telah dibatalkan oleh individu yang sama.

(3)

Pihak

Berkuasa

Wilayah

Pembangunan

Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.

(4)

Bagi maksud perenggan ini—

“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007

[Akta 664];

“Pulau 1

Zon

Kewangan

Khas

Forest

City”

ertinya

Pulau 1,

Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor.

Dibuat 30 September 2025

[MOF.TAX(S)700-2/7/1314/4(5); LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-426; PN(PU2)159/JLD.38]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 354 4

STAMP ACT 1949

STAMP DUTY (INSTRUMENT OF TRANSFER IN RELATION TO INDIVIDUAL)

(PULAU 1 OF FOREST CITY SPECIAL FINANCIAL ZONE) (REMISSION) ORDER 2025