Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri meremitkan lima puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara pindah milik yang berhubungan dengan suatu unit kediaman atau unit komersial di Pulau 1 Zon Kewangan Khas
Forest City yang disempurnakan antara pemaju dengan orang yang layak.
(2)
Surat cara pindah milik yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan orang yang layak;
(b)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu disempurnakan mulai 1 September 2024 hingga 31 Disember 2034;
(c)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu adalah berhubung dengan suatu unit kediaman atau unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 September 2024; dan 3
(d)
perjanjian jual beli unit kediaman atau unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit kediaman atau unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit kediaman atau unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 September 2024
dan kemudiannya telah dibatalkan oleh orang yang layak yang sama.
(3)
Pihak
Berkuasa
Wilayah
Pembangunan
Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.
(4)
Orang yang layak di bawah perenggan ini ialah—
(a)
orang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] atau seksyen 10 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(b)
syarikat yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(c)
pengendali pasaran diiktiraf yang didaftarkan di bawah seksyen 34
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;
(d)
orang berdaftar yang didaftarkan di bawah seksyen 76
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;
(e)
orang yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal yang didaftarkan di bawah seksyen 76A Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 selain seorang individu;
4
(f)
syarikat dana keluarga tunggal yang ditentusahkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti;
(g)
syarikat teknologi kewangan, syarikat teknologi insurans, syarikat pengawalseliaan teknologi kewangan atau syarikat teknologi kewangan Islam yang dianugerahkan Status MSC Malaysia atau
Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh Malaysia Digital
Economy Corporation Sdn. Bhd.;
(h)
pengendali sistem pembayaran yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam suatu bidang kuasa asing yang diluluskan di bawah seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran di Pulau 1 Zon Kewangan
Khas Forest City; atau
(i)
entiti perkhidmatan berpusat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan global kewangan yang dianugerahkan Status MSC
Malaysia atau Status Malaysia Digital dan ditentusahkan oleh
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd.
(5)
Syarikat dana keluarga tunggal yang disebut dalam subsubperenggan (4)(f) ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
dimiliki sepenuhnya, secara langsung atau tidak langsung, oleh anggota suatu keluarga tunggal; dan
(c)
ditubuhkan semata-mata bagi maksud memegang aset dan aktiviti pelaburan bagi kepentingan anggota suatu keluarga tunggal.
5
(6)
Bagi maksud perenggan ini—
“keluarga tunggal” ertinya suatu keluarga yang anggotanya ialah individu yang mempunyai pertalian nasab langsung daripada nenek moyang tunggal dan termasuklah—
(a)
suami atau isteri;
(b)
anak kandung;
(c)
anak tiri; dan
(d)
anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007
[Akta 664];
“Pulau 1
Zon
Kewangan
Khas
Forest
City”
ertinya
Pulau 1,
Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan Warta PW50276 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor;
“Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498].
Dibuat 30 September 2025
[MOF.TAX(S)700-2/7/1314/4; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-418; PN(PU2)159/JLD.38]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
6
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (INSTRUMENT OF TRANSFER IN RELATION TO QUALIFYING PERSON)
(PULAU 1 OF FOREST CITY SPECIAL FINANCIAL ZONE) (REMISSION) ORDER 2025