Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH FI (AGENSI ANGKASA MALAYSIA) 2022

Seksyen 2

(1)

Fi yang ditetapkan dalam ruang (2) Jadual hendaklah dibayar kepada

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia bagi perkhidmatan yang dinyatakan dalam ruang (1).

(2)

Fi yang ditetapkan di bawah Perintah ini hendaklah dibayar tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada jumlah fi yang kena dibayar sebelum perkhidmatan diberikan.

(3)

Baki fi yang kena dibayar selepas bayaran di bawah subperenggan (2)

dibuat, hendaklah dibayar sepenuhnya selepas perkhidmatan diberikan.

Remitan