Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH FI (INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA) 2021

Seksyen 3

Fi dan pembayaran fi

(1)

Fi yang ditetapkan dalam ruang (2) Jadual Pertama hendaklah dibayar kepada

Ketua Pengarah bagi perkhidmatan analisis parameter kimia yang dinyatakan dalam ruang (1) mengikut unit yang dinyatakan dalam ruang (3).

(2)

Fi yang ditetapkan dalam ruang (2) Jadual Kedua hendaklah dibayar kepada

Ketua Pengarah bagi perkhidmatan analisis parameter biologi dan mikrobiologi yang dinyatakan dalam ruang (1) mengikut unit yang dinyatakan dalam ruang (3).

(3)

Fi yang ditetapkan di bawah Perintah ini hendaklah dibayar sepenuhnya sebelum perkhidmatan selesai diberikan.

(4)

Semua fi yang dikutip di bawah Perintah ini hendaklah kena dibayar oleh

Ketua Pengarah dan dimasukkan olehnya ke dalam Akaun Amanah Institut

Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 9

Akta Acara Kewangan 1957 [Akta 61].

P.U. (A) 86 3

Remitan

Section 3 — PERINTAH FI (INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA) 2021