Skip to content

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

of Perintah Fi (Muzium dan Pameran) (Jabatan Muzium Malaysia) 2012

P.U. (A)In forceProvision 2 of 7
Seksyen 2

”Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia;

“Muzium” ertinya ruang atau kawasan di dalam bangunan yang telah diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia dan sebagaimana yang dikategorikan dalam Jadual Pertama;

“Pameran” ertinya “Pameran Khas Utama” atau “Pameran Khas” sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Kedua.