Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH FI (PAS PENGGAJIAN, PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) DAN PAS KERJA) (PEREMITAN FI) 2020
Seksyen 2
Peremitan fi
(1)
Fi yang kena dibayar di bawah perenggan 3 dan 3A Perintah Fi
(Pas Penggajian, Pas Lawatan (Kerja Sementara) dan Pas Kerja) 1998 [P.U. (A) 479/1998]
bagi Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang habis tempoh pada mana-mana tarikh mulai 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 diremitkan sebanyak dua puluh lima peratus.
(2)
Fi yang diremitkan di bawah subperenggan (1) tidak termasuk bayaran memproses.
(3)
Peremitan fi di bawah subperenggan (1) tidak terpakai bagi—
(a)
suatu Pas Lawatan (Kerja Sementara) baharu yang dikeluarkan dalam tempoh mulai 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020; dan
(b)
suatu Pas Lawatan (Kerja Sementara) bagi pembantu rumah.
P.U. (A) 145 3
Dibuat 28 April 2020
[KDN:IM.S.600-4/1/22 JLD. 16(36); PN(PU2)86/XVII]
Dengan Titah Perintah
DATUK SERI MOHD ZUKI BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 145 4
FEES ACT 1951
FEES (EMPLOYMENT PASS, VISIT PASS (TEMPORARY EMPLOYMENT) AND WORK
PASS) (REMISSION OF FEES) ORDER 2020