Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Fi bagi visa yang kena dibayar di bawah butiran 2II Perintah Fi
(Pasport dan Visa) 1967 [P.U. 189/1967] bagi butiran Republik Rakyat China diremitkan satu ratus peratus.
(2)
Peremitan fi di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai bagi pelancong yang merupakan warganegara Republik Rakyat China yang datang ke
Malaysia bagi maksud lawatan sosial, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
kategori pelancong adalah seperti yang berikut:
(i)
pelancong individu;
(ii)
pelancong berkumpulan; atau
(iii)
apa-apa kategori lain yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah
Imigresen; dan 3
(b)
dibenarkan tinggal di Malaysia bagi tempoh tiga puluh hari bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh.
Dibuat 29 Februari 2016
[KDN(S): IM 03/208/4 JLD. 3; PN(PU2)86/XIX]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
4
FEES ACT 1951
FEES (PASSPORTS AND VISAS) (REMISSION OF FEES) ORDER 2016