Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Deposit
(1)
Seseorang pesakit hendaklah sebelum diterima masuk ke dalam wad—
(a)
membayar suatu deposit yang akan ditentukan oleh Ketua
Setiausaha; atau
(b)
mengadakan suatu jaminan pembayaran yang memuaskan sebagaimana diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
(2)
Jika seseorang pesakit menanggung perbelanjaan tambahan yang tidak diliputi oleh depositnya semasa dia masih di dalam wad, dia hendaklah dikehendaki membayar deposit tambahan.
(3)
Jika fi yang ditanggung oleh seseorang pesakit adalah kurang daripada depositnya, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital, hospital hendaklah mengembalikan perbezaan tersebut kepadanya.
7
Peremitan