Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Fi
(1)
Fi yang ditetapkan dalam Jadual Pertama hendaklah dikenakan oleh
Ketua Pengarah untuk kemasukan ke mana-mana Taman Laut Malaysia berkenaan dengan kategori pelawat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Fi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua hendaklah dikenakan oleh Ketua
Pengarah berkenaan dengan aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua yang dijalankan oleh seseorang di mana-mana Taman Laut Malaysia tertakluk kepada apa-apa undang-undang.
(3)
Fi untuk kemasukan ke mana-mana Taman Laut Malaysia tidak dikenakan ke atas kategori yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga jika dokumen yang mencukupi
P.U. (A) 4 3
ditunjukkan sebagai bukti pengenalan diri kepada pegawai Jabatan Taman Laut
Malaysia yang bertugas di pintu masuk Taman Laut Malaysia.
Pembayaran fi