Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH FI (VISA SEMASA KETIBAAN) 2014

Seksyen 4

Syarat-syarat

Visa semasa ketibaan akan dikeluarkan kepada pelancong tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(a)

pelancong memasuki Malaysia melalui negara ketiga serta mempunyai visa yang sah untuk memasuki negara itu;

P.U. (A) 127 3

(b)

permohonan untuk visa semasa ketibaan hanya boleh dibuat di pintu masuk yang berikut:

(i)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2);

(ii)

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang;

(iii)

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru;

(iv)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak; atau

(v)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah;

(c)

kategori pelancong adalah seperti yang berikut:

(i)

pelancong secara berkumpulan;

(ii)

pelawat bagi tujuan perniagaan; atau

(iii)

apa-apa kategori lain yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah

Imigresen;

(d)

visa semasa ketibaan adalah sah bagi sekali kemasukan dan pelancong dibenarkan tinggal di Malaysia bagi tempoh tujuh hari bagi setiap kali kemasukan;

(e)

pelancong hendaklah mengemukakan tiket penerbangan pergi dan balik;

dan

(f)

pelancong hendaklah mempunyai dalam milikannya jumlah wang sekurang-kurangnya USD1000 atau amaun yang bersamaan dengannya dalam Ringgit Malaysia.

P.U. (A) 127 4

Dibuat 25 April 2014

[KDN(S):IM 03/1320/19 JLD.3; PN(PU2)86/XVII]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Setiausaha Jemaah Menteri

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Fi 1951]

P.U. (A) 127 5

FEES ACT 1951

FEES (VISA ON ARRIVAL) ORDER 2014