Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH FI (VISA SEMASA KETIBAAN) (PINDAAN) 2019

Seksyen 3

Pindaan perenggan 4

(a)

dalam subsubperenggan (b)—

(i)

dalam subsubsubperenggan (iv), dengan memotong perkataan

“atau” di hujung subsubsubperenggan itu; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas subsubsubperenggan

(v)

subsubsubperenggan yang berikut:

“(vi)

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah;

(vii)

Lapangan Terbang Miri, Sarawak;

(viii)

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor;

P.U. (A) 196 3

(ix)

Pos Kawalan Imigresen, Terminal Feri Antarabangsa Labuan;

(x)

Pos Kawalan Imigresen, Sungai Tujoh, Sarawak; atau

(xi)

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan

Bukit Kayu Hitam, Kedah;”;

(b)

dalam subsubperenggan (d), dengan menggantikan perkataan “tujuh hari”

dengan perkataan “lima belas hari”; dan

(c)

dengan menggantikan subsubperenggan (f) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(f)

pelancong hendaklah mempunyai dalam milikannya jumlah wang sekurang-kurangnya USD500 atau amaun yang bersamaan dengannya dalam Ringgit Malaysia dan bukti wang itu hendaklah dikemukakan sama ada dalam bentuk tunai, cek kembara, kad kredit, kad debit atau wang elektronik yang diiktiraf oleh Bank

Negara Malaysia.”.

Dibuat 10 Julai 2019

[KDN.IM.S.600-1/3/38 JLD.2; PN(PU2)86/XXVII]

Dengan Titah Perintah,

DATUK SERI DR. ISMAIL BIN HJ. BAKAR

Setiausaha Jemaah Menteri

[Akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Fi 1951]

P.U. (A) 196 4

FEES ACT 1951

FEES (VISA ON ARRIVAL) (AMENDMENT) ORDER 2019

Section 3 — PERINTAH FI (VISA SEMASA KETIBAAN) (PINDAAN) 2019