Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan atau ditubuhkan sebagai kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah No. 11 tahun 1961] atau Ordinan Pihak Berkuasa
Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20], atau Putrajaya atau Labuan;
P.U. (A) 140 3
“tempat kerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1)
Akta Kerja 1955, subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sabah dan subseksyen 2(1)
Ordinan Buruh Sarawak.
Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 4.
(1)
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:
(2)
Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.
(3)
Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—
(a)
seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan
(b)
tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO)
sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian
Sumber Manusia.
Kadar gaji minimum
Bulanan
Harian
Setiap jam
Bilangan hari bekerja dalam seminggu
P.U. (A) 140 4
Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 5.
(1)
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:
(2)
Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.
(3)
Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).
Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. bagi tempoh mulai 1 Mei 2022
hingga 31 Disember 2022 6.
(1)
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022
hendaklah seperti yang berikut:
Kawasan
Kadar gaji minimum
Bulanan
Harian
Setiap jam
Kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran
Bilangan hari bekerja dalam seminggu
RM5.77 6
RM46.15 5
RM55.38
Kadar gaji minimum
Bulanan
Harian
Setiap jam
Bilangan hari bekerja dalam seminggu
P.U. (A) 140 5 4
Selain kawasan
Majlis Bandaraya atau
Majlis Perbandaran
RM1,100 6
RM42.31
RM5.29 5
RM50.77 4
RM63.47
(2)
Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti yang berikut:
Kawasan
Kadar
Kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran
Selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran
(3)
Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).
Pembatalan 7.
Perintah Gaji Minimum 2020 [P.U. (A) 5/2020] dibatalkan.
Dibuat 27 April 2022
[KSM/PUU(R) 600-1/2/17/1; PN(PU2)700/JLD. 7]
DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 140 6
NATIONAL WAGES CONSULTATIVE COUNCIL ACT 2011
MINIMUM WAGES ORDER 2022