Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Had Laju Kebangsaan 1989 [P.U. (A) 18/1989], yang disebut
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual dengan memasukkan selepas butiran 18 butiran yang berikut:
“19. Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Pesisiran Pantai
Barat (Taiping-Banting) yang bermula dari kilometer 146.27
di Persimpangan Bertingkat Hutan Melintang di koordinat
U 423983.673, T 334021.534 Grid Bentuk Benar Serong di Tepi (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 158.40 di Persimpangan Bertingkat Teluk Intan di koordinat
U 435796.871, T 333514.926 Grid RSO Geosentrik (GDM 2000)
arah utara dan arah selatan.”.