Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Perintah Had Laju Kebangsaan 1989 [P.U. (A) 18/1989] dipinda dalam
Jadual dengan memasukkan selepas butiran 15 butiran yang berikut:
“16.
Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya KL-Kuala
Selangor yang bermula dari kilometer 0.00 (di koordinat
U 15220.998, T-36487.575 Grid Cassini Negeri Selangor) dan berakhir di kilometer 27.40 Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (di koordinat U 12665.14, T-12732.33, Grid Cassini Negeri Selangor)
termasuklah Persimpangan Bertingkat Ijok, Plaza Tol Ijok,
Persimpangan Bertingkat Puncak Alam, Plaza Tol Kuang Barat,
Jalan Susur Kundang, Plaza Tol Kuang Timur, Persimpangan
Bertingkat Kuang dan Plaza Tol Taman Rimba Templer dan jalan-jalan sambungannya.”.
(2)
Jalan dengan had laju yang dinyatakan di bawah subperenggan (1)
ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.
P.U. (A) 202 3